Jumlah Pelawat

Jumaat, 6 Mei 2011

Payment AMTB

CEK AHLI YANG TELAH MENYERTAI AMTB


APAKAH YANG AKAN AMTB BUAT APABILA MENERIMA WANG DARI ANDA ?

Berikut adalah dihuraikan secara terperinci kemanakah arahtuju wang yang anda berikan kepada Agro Multy Trading Berhad sebagai pemegang Amanah untuk melaksanakan Penternakan Ikan Keli Organik Baka Pejal mengikut Perjanjian sepertimana yang terkandung di dalam Buku Perjanjian Usahasama.

a. Menyediakan Tempat/Tanah untuk mendirikan kolam.

b. Membeli semua keperluan untuk pembuatan Kolam yang berukuran 10 x 10 x 3 seperti Batu Bata, Pelbagai Simen dan sebagainya.

c. Membeli jaring tadahan untuk ikan berukuran 18 x 18.

d. Membeli jaring Hitam untuk penghadang panas serta sebagai halangan kepada burung pemangsa berukuran 10/10.

e. Bahan-bahan keperluan untuk Proses Mematikan Kolam. Bagi menghilangkan bau/rasa pada air yang tidak sesuai untuk penternakan ikan serta mengelakkan berlakunya kecacatan pada ikan.

f. Mendapatkan Pokok Keladi Bunting sebagai makanan tambahan kepada ikan.

g. Membeli benih ikan keli Organik Baka Pejal sebanyak 5,000 ekor (untuk 1 kolam) yang berukuran 2.5 inci.

h. Membeli makanan Organik ikan untuk keperluan sehingga tuaian (4 bulan).

i. Upah pekerja yang akan mengelolakan kolam serta penjagaan ikan sehingga tuaian. (24 jam komitmen diperlukan dari pekerja).

Dengan nilaian RM5,000 yang anda keluarkan, Agro Multy Trading Berhad tidak mandapat apa-apa keuntungan kerana kesemua wang yang anda berikan, semuanya untuk pemprosessan seperti keperluan diatas. Bagaimana Agro Multy Trading Berhad mendapat keuntungan, ianya adalah hasil daripada ikan setelah berlakunya tuaian dan yang penting disini adalah semua ahli mendapat keuntungan sepertimana yang diterangkan di dalam Borang Perjanjian Usahasama.